31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peranan anggota RELA amat penting

KENENGAN…Para anggota Rela 0010 Kg.Tongou merakam gambar bersama Ruhimin (depan enam kiri) dengan yang lain.

RANAU: Anggota pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), amat penting dalam memastikan tahap keselamatan dan keharmonian komuniti sentiasa terjamin.

Timbalan Penguasa Rela Kanan daerah Ranau, Ruhimin Bin Japar berkata, setiap anggota dalam satu Platun hendaklah membudayakan disiplin diri, ketahanan fizikal dan mental dalam menjalankan tugas yang  diamanahkan tanpa membezakan kaum, agama dan idologi politik.

” Dengan sebab itu anggota Rela sebagai pasukan pelapis keselamatan sama seperti peranan dan fungsi Angkatan Pertahanan  Awam Malaysia (APM), Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera punyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan negara.

Menurutnya, anggota Rela adalah unit yang dekat serta rapat dengan kemuniti setempat perlu peka berperanan  menjaga  keselamatan penduduk”, jelas Ruhimin ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Raya Platun 0010 bersama penduduk Kg.Tungou Ranau baru-baru ini, yang diserikan dengan  acara Cabutan Pengunjung Bertuah.

Ruhimin memaklumkan anggota Rela merupakan ‘Mata Dan Telinga’ kerajaan bagi menentukan keharmonian penduduk setempat.

“Jika ada kehadiran warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah maka itu adalah peranan anggota Rela untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut”, tegas Ruhimin.

Hadir sama pada majlis tahunan itu ialah, Pegawai Rela Daerah (PRD), Khairul, Ketua Rela Mukim Randagong yang juga Ketua Platun 0010 Kg.Tungou, Samsul Bin Martah bersama lebih 30 orang penduduk.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN