25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Peperiksan SPM bermula hari ini

Hj Raisin bersalaman dengan para pelajar semasa program tersebut yang diadakan di SMK Mat Salleh Ranau pada khamis


RANAU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) memaklumkan bahawa peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dilaksanakan pada 2Januari 2025 hingga 6 Februari 2025.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Haji Raisin Bin Saidin berkata, seramai 39,548 orang calon yang terdiri daripada 35,232 orang calon sekolah KPM,472 orang calon sekolah di bawah agensi kerajaan, 234 orang calon Sekolah Menengah Agama Negeri.


“Manakala calon persendirian seramai 2,425 orang dan calon Sekolah Swasta seramai 1185 orang.


“Peperiksaan SPM tahun 2024 juga akan melibatkan 313 pusat peperiksaan dan petugas peperiksaan seramai 3,378 orang,” katanya semasa siding media Peperiksaan Bertulis SPM 2024 yang diadakan di SMK Mat Salleh Ranau pada hari Khamis.


Katanya, JPN Sabah ingin mengingatkan semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.


Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2024.


JPN Sabah siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang peperiksaan SPM Tahun 2024 berlangsung.


Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau JPN Sabah dengan kadar segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.


Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat JPN Sabah.


JPN Sabah komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM Tahun 2024 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.


JPN Sabah sentiasa mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN