24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Degil, Tugu Peringatan Perang Kundasang masih dibuka kepada pelancong.

Oleh: AJS

RANAU: Walaupun kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini, sehingga 31 Mac depan di semua peringkat termasuk kawasan tumpuan pelancong akibat kebimbangan Covid-19, namun ada pihak dilihat masih ingkar.

Di Kundasang, salah satu tumpuan pelancong, Tugu Peringatan Perang ( War Memorial Garden), dilihat masih beroperasi pagi ini dengan menerima kehadiran pelancong asing.

Kelihatan pintu masuk utama dibuka kecil kepada pelancong asing – Gambar diambil penduduk tempatan jam9.20 pagi pada hari ini.

Tindakan pengurusan tugu dilihat mementingkan keuntungan tanpa mengindahkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan kerajaan amat dikesali.

Menurut beberapa penduduk tempatan  yang sempat merakam gambar di pintu masuk utama tugu peringatan itu sekitar jam 9 pagi tadi, salah seorang petugas dilihat membuka pintu untuk memberi laluan kepada pelancong.

“Pintu utama ditutup tetapi bila ada pelancong datang, pintu akan dibuka kurang dari separuh untuk membolehkan mereka menyisip masuk.,” jelas salah seorang penduduk tempatan yang namanya enggan disiarkan.

Difahamkan, pengurusan tugu telah diswastakan sejak beberapa tahun lalu.

“Sepatutnya pihak pengurusan tugu sudah maklum keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini bagi mencegah penularan baharu wabak Covid-19 khususnya di Sabah,”

“Kami berharap, pihak berwajib di daerah ini bertindak segera ke atas pengurusan tugu tersebut demi keselamatan nyawa,” kata salah seorang lagi penduduk tempatan.

Dua hari lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas mengenai Covid-19 berkata, keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Menurut Perdana Menteri, situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

“Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967,” tegas beliau. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN