Mohd Rafi (tengah), Yahya (empat dari kiri) dan Dayang Pungut (tiga fari kanan) bersama pasara guru yang diraikan pada majlis itu.
LABUAN: Pengorbanan dan jasa pasara guru harus sentiasa dikenang kerana peranan mereka begitu penting dalam membangunkan bangsa dan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia.
Demikian kata Pengerusi Penasihat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pesara Guru Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan disalah sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.
“Sesunggunhya seorang guru tidak pernah merasa bersara daripada mencurahkan bakti, sekalipun telah menamatkan perkhidmatan rasmi, ilmu, nilai murni dan didikan yang ditinggalkan akan terus membara dalam diri setiap sanubari anak didik serta menjadi legasi yang membina masyarakat dan negara”katanya.
Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, jasa guru tidak mampu dibalas dengan harta, tetapi akan sentiasa dikenang dengan penuh rasa hormat dan penghargaan.
Sementaraitu, beliau sedang berusaha untuk menjadikan Labuan sebagai Hab Pendidikan Kepulauan Borneo, dengan memperkukuhkan institusi pendidikan sedia ada seperti Kolej Vokasional, Adtech Labuan (ILP),Kolej Matrikulasi Labuan selain memperjuangkan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) untuk terus diperkasakan sebagai sebuah universiti penuh yang lebih fokus kepada bidang teknikal dan industri masa hadapan.
Msjlis Aspirasi Pesara Guru 2026 telah dianjurkan oleh Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Daerah Cawangan Labuan.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh dan Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidik Malaysia, cawangan Wilayah Persekutuan Labuan, Datin Dayang Pungut Abdul Jalil.



