PENGHUNI RAYU PIHAK PENGURUSAN KONDOMINIUM PUNCAK GLOXINIA CARI PENYELESAIAN GANGGUAN TALIAN TELEFON DAN INTERNET
KOTA KINABALU: Penghuni di Pangsapuri Puncak Gloxinia merayu kepada pihak pengurusan agar mencari jalan penyelesaian gangguan talian telefon dan internet disekitar kawasan perumahan tersebut.
Seorang penghuni yang hanya dikenali sebagai Alvin J.R berkata, talian telefon mudah alih dan internet disekitar perumahan itu seharusnya tidak berlaku ekoran kedudukannya yang sangat dekat dengan Bandaraya Kota Kinabalu serta pekan utama iaitu Papar dan Putatan.
“Saya turut mendengar rungutan mengenai kesukaran capaian talian telefon dan internet daripada penghuni lain termasuk juga tetamu yang berkunjung ke rumah saya dan saudara mara mereka”. Katanya.
Seorang lagi penghuni dikenali sebagai Andy yang telah menetap hampir dua tahun di kondominium itu berkata, kesukaran mendapatkan talian telefon mudah alih serta internet menyebabkan ramai kenalan dan keluarganya sukar menghubungi beliau.
Katanya, beliau terpaksa mencari kedudukan sesuai di dalam rumah untuk mendapatkan talian yang lancar kerana ada lokasi yang sukar mendapat talian telefon dan internet.
“Walaupun kedudukan rumah saya ditingkat 17, namun masih sukar untuk mendapatkan talian telefon dan internet. Ia amat merumitkan keadaan khasnya hal berkaitan tugas rasmi”. Tegasnya.
Bagi seorang penghuni lain dikenali sebagai Roy, beliau turut mengakui perkara sama dan berharap pihak pengurusan segera mencari jalan penyelesaian.
Katanya, agak mustahil pihak pemaju sebelum ini tidak peka dengan masalah tersebut kerana status perumahan ini adalah kondominium dan sudah tentu imej itu perlu dijaga.
“Pihak pengurusan perlu menjaga imej perumahan ini yang dikategorikan sebagai kondominium dan isu ini amat mendukacitakan penghuni”. Jelasnya.
Tinjauan media dibeberapa blok sekitar perumahan itu mendapati talian telefon mudah alih seperti maxis, celcom dan digi memang mempunyai gangguan khasnya ketika berada di dalam rumah.
Para pengguna terpaksa mencari kedudukan sesuai untuk melancarkan talian telefon termasuk capaian internet.