26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengguna rayu tandas awam di Pekan Kiaburi Plaza berfungsi secepat mungkin

TERSERGAM INDAH…Bangunan tandas awam baharu pekan Kiaburi Plaza Ranau belum dapat digunakan meskipun sudah siap awal tahun 2021.

RANAU: Warga pekan Kiaburi  Plaza di sini, merayu kepada pihak Majlis Daerah Ranau (MDR) supaya mempastikan bangunan Tandas Awam  baharu di pekan berkenaan sudah sempurna dan  berfungsi  dengan baik.

Ramai pengunjung pekan berkenaan rasa terkilan kerana bangunan  tandas awam baharu itu yang siap seawal tahun 2021 tetapi sehingga kini belum dapat digunakan disebabkan bekalan air dan lampu letrik belum dipasang walau sudah sekian lama bangunan tersebut siap.

Pihak MDR ketika dihubungi memberitahu yang bangunan itu sudah siap dibina bagaimanapun masih menunggu pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Daerah Ranau untuk memasang bekalan air.

Pihak JANS Ranau pula ketika dihubungi, memaklumkan masih menunggu kontraktor bertauliah untuk memasang meter air ke bangunan tandas tersebut manakala SESB pula memberitahu yang mereka boleh memasang bekalan letrik hanya sampai  kotak Meter sahaja sementara  pendawaian letrik dalam bangunan adalah tanggungjawab kontraktor yang dilantik.

Memandangkan bangunan tandas awam satu kemudahan awam maka adalah wajar dilengkapi dengan ke mudahan asas seperti bekalan air, lampu letrik dan boleh digunakan dengan segara.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN