ADVERTISEMENTspot_img

NORLIJAH DAN MASNAH ANTARA MUKA BAHARU DILANTIK DALAM PMBS

DATUK Norlijah (kiri)dilantik Naib Presiden PMBS 3 dan DATUK Hajah Masnah Matsalleh (kanan)dilantik Penasihat PMBS ke-2.

KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), Datuk Norlijah Hj Danin dan bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hajah Masnah Matsalleh dua muka baharu dilantik jawatan utama dalam Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ( PMBS) dalam mesyuarat pertama persatuan itu petang kelmarin.

Presiden PMBS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif ketika mengumumkan pelantikan itu di Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah ( SICC) berkata Norlijah dilantik Naib Presiden 3 manakala Masnah dilantik sebagai Penasihat PMBS ke-2.

Sebelum ini Masnah Tokoh Maal Hijrah Sabah 2026 adalah Naib Presiden 3 untuk sesi 2023-2026 dan mengundurkan untuk memberi tumpuan khidmat sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia.

Mohd Arifin yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut mengumumkan pengekalan hampir semua pemimpin sesi terdahulu.

Mereka yang dilantik semula ialah Datuk Haji Ahmad Shah Talip dilantik Naib Presiden 2, Norhasan Haji Ismail ( Setiausaha Agung), Datuk Haji Ag Buthamam Hj Ag Mahmun ( Bendahari Agung) dan Datuk Haji Sapawie Haji Tussin ( Penolong Bendahari).

Turut dikekalkan ialah Haji Mohd Amin Hj Muin selaku Ketua Penerangan, Awang Kassim Hj Ismail ( Setiausaha Kerja) dan Datuk Haji Sapdin Ibrahim ( Ahli Jawatankuasa Pusat).

LAFAZ IKRAR, Dari kiri Prof Dr Hj Rasid Mail, Datuk Dr Hj Ag Saat Ag Damit, Hj Ag Faizal Datuk Hj Pg Sahak, Hj Pg Junaidi Pg Hj Tinggal dan Hj Mohd Amin Hj Muin ketika lafaz ikrar kelmarin.

Tiga lagi AJP akan dilantik kemudian oleh Presiden.

Mohd Arifin berkata untuk memperkasakan lagi gerakan kerja persatuan semua AJP diberikan peranan masing-masing untuk mengetuai biro-biro yang diwujudkan dan menggariskan tanggunjawab yang perlu dilaksanakan.

” Kita juga akan memperhalusi semua usul yang dibahaskan dan luluskan dalam AGM yang lalu, antaranya penubuhan sayap belia, pembinaan Rumah Budaya Sabah dan menambah cawangan- cawangan PMBS seluruh Sabah,” tambahnya.

Buat masa ini PMBS mempunyai 32 cawangan seluruh Sabah.

Berikut ialah senarai AJP PMBS bagi Sesi 2026-2028:

Penasihat I – Datuk Hj Mohd Yusof Bin DSP Hj Mohd Kassim.
Penasihat II – Datuk Hajah Masnah Binti Matsalleh.
Presiden: Datuk Dr Hj Mohd Arifin Bin Datuk Hj Mohd Arif.
Timbalan Presiden: Datuk Hj Pg Saifuddin Bin Hj Pg Tahir.
Naib Presiden I: Hj Pg Japar Bin Hj Pg Osman.
Naib Presiden II: Datuk Hj Ahmad Shah Bin Hj Mohd Talip.
Naib Presiden III: Datuk Norlijah Binti Hj Danin.
Setiausaha Agung: Encik Norhasan Bin Hj Ismail.
Bendahari Agung: Datuk Hj Ag Buhtamam Bin Hj Ag Mahmun.
Penolong Bendahari Agung: Datuk Hj Mohd Sapawie @ Sapawi Bin Hj Tusin.
Setiausaha Kerja: Encik Ag Kassim Bin Hj Ismail.
Ketua Penerangan: Hj Mohd Amin Bin Hj Muin.

Ketua-Ketua Biro:
Kebudayaan, Warisan dan Adat Istiadat – Datuk Dr Hj Ag Saat Bin Hj Ag Damit.
Kebajikan dan Ziarah – Ak Aliyuddin Bin Pg Ahmad Tajuddin.
Belia dan Sukan – Hj Ag Faizal Bin Datuk Hj Ag Sahak.
Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Sosial – Hajah Dr Dayang Hajijah Binti Awang Ali.
Pendidikan dan Modal Insan – Prof Dr Hj Rasid Bin Mail.
Agama dan Perayaan – Hj Abdul Ampuan Wahab Bin Hj Ampuan Hamzah.
Ekonomi dan Keusahawanan – Hj Ag Ku Junaidi Bin Ag Ku Tinggal.
Penjanaan Dana dan Penajaan – Datuk Hj Sapdin Bin Hj Ibrahim.
Keahlian dan Cawangan – Ahmad Bin Mohd Yaakub.
Perhubungan Strategik dan Hal Ehwal Luar – Hj Liman Bin Yusof.
Pelancongan dan Industri Kreatif – Puan Nurlihan Binti Mohd Azman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN