ADVERTISEMENTspot_img

Pertandingan Nyanyian Tiga Bahasa medium jalin perpaduan

Mohd Rafi, Baby tiga dari kiri ), Goh Siew Liang (dua dari kanan) bersama pemenang Trilingual Singing Competition.

LABUAN: Pertandingan Nyayian Tiga Bahasa (Trilingual Singing Competition) yang dianjurkan oleh Persatuan Penyanyi Penyanyi Mutiara Labuan mampu menjadi medium yang berkesan untuk menjalin perpaduan pelbagai kaum.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, pertandingan tersebut bukan sekadar mencungkil bakat, malah menjadi platform untuk memupuk persefahaman, menghargai kepelbagaian budaya serta memperkukuhkan semangat Malaysia Madani yang berteraskan perpaduan dan keharmonian kaum.

“Saya yakin pertandingan ini merupakan antara program yang paling signifikan kerana berjaya menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai kaum, bangsa dan latar belakang di bawah satu bumbung.

” Inilah keunikan sebenar warga Labuan yang sentiasa hidup dalam semangat keharmonian dan saling menghormati antara satu sama lain”, katanya ketika berucap
mersamikan pertandingan Trilingual Singing Competition 2026 yang berlangsung disalah sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Penyanyi Penyanyi Mutiara Labuan
Prof. Dr. Cong Vui Hiong @ Baby Chong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Keling, Goh Siew Liang.

Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata muzik dan nyanyian adalah bahasa sejagat yang mampu mrnyemarakkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum.

” Walaupun kita berbeza bahasa, budaya dan agama, namun irama mampu mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat” katanya,

Beliau berharap agar program tersebut terus diperkasakan dan dijadikan acara tahunan yang mampu menarik lebih ramai penyertaan sekaligus menjadi jambatan yang merentasi perpaduan masyakarat pelbagai kaum di pulau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN