ADVERTISEMENTspot_img

PAPIM AKAN LAKSANA DUABAKI PROGRAM SEBELUM MESYUARAT AGUNG PEMILIHAN OKT INI

ALBUM KENANGAN…AJK Tertinggi bergambar kenangan sebelum mesyuarat berakhir.

KINARUT: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Kg Pimping di Kota Kinabalu ( PAPIM) akan melaksanakan dua baki kalander program tahunan persatuan ini dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Pengerusinya, Haji Ahmad Dipong tiga program itu Gegar Takraw 2.0, Ziarah Ke Telupid dan Mesyuarat Agung Tahunan Pemilihan persatuan itu.

Bagaimanapun katanya tarikh- tarikh itu akan ditentukan selepas AJK Tertinggi PAPIM membuat kunjungan hormat ke atas Penaung PAPIM yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif dalam masa terdekat.

” Dalam mesyuarat kita mencadangkan dua pilihan untuk aktiviti seterusnya sama ada mahu meneruskan Kejohanan Gegar Takraw Merdeka PAPIM 2.0 atau hanya mengadakan Klinik Kejutulatihan Takraw dan Perlawanan Persahabatan Takraw di Membakut,” tambah Haji Ahmad.

Menurut beliau sekiranya krjohanan atau klinik sepak takraw dilewatkan pada Sept sempena Hari Kemerdekaan Sabah, kita akan awalkan Lawatan Silatulrahim ke Telupid.

Menurut beliau selepas kedua-dua program ini dilaksanakan PAPIM akan mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan dijadualkan pada 10-10-2026 di Papar.

Beliau berharap semua ahli-ahli PAPIM akan mengambil bahagian untuk ketiga-tiga program terakhir ini sebelum pembubaran AJK PAPIM sesi 2023-2026.

Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini PAPIM telah mengadakan beberapa program antaranya Program Menaiki Keretapi dari Tg Aru ke Beaufort, Majlis Perantau Aidilfitri di Kg Pimping, Ziarah Kebajikan dan Khairat kepada ibu bapa ahli serta keluarga terdekat mereka.-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN