33 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

PENGGUNA RAYU JAMBATAN KAYU DINAIK TARAF  KE JAMBATAN KONKRIT 2 HALA

Gambar : Kerja-kerja pembaikan giat dilakukan oleh para pekerja yang ditugaskan

RANAU : Para pengguna jalanraya yang melalui jambatan kayu menghala ke Kampung Matan, Silou, Pasir Puteh dan Kituntul merayu kepada pihak Jabatan Kerja Raya agar dapat menaik taraf jambatan kayu tersebut kepada jambatan konkrit dua hala demi keselesaan dan keselamatan kenderaan awam.

Jambatan kayu yang menyeberangi Sungai Lituk kira-kira 3 kilometer dari Pekan Ranau itu dilaporkan sudah terlalu lama dan sering kali mengalami kerosakan. Ada di kalangan pengguna yang mengadu tayar kenderaan pancit disebabkan tercucuk paku. Perkara tersebut menjadi bahan kekesalan para pengguna kerana setiap kali kerosakan dilaporkan pembaikan segera dilakukan tetapi tidak akan bertahan lama.

Gambar : Paku yang timbul selepas pembaikan membahayakan kenderaan awam

Menurut Pengerusi JPKK Kampung Matan Dale @ Harry Thomas, pada tahun lepas pihaknya telah pun melaporkan kerosakan tersebut dan mencadangkan agar ia digantikan dengan jambatan konkrit dua hala kepada pihak yang berkenaan. Malah sebelum beliau para pemimpin kampung terdahulu juga sudah mengemukakan keperluan itu namun masih belum mendapat perhatian hingga kini.

“Saya mewakili para pemandu kenderaan awam yang melalui kawasan ini merayu kepada pihak yang berkenaan agar dapat mengambil perhatian tentang keperluan menaiktaraf jambatan ini kepada jambatan konkrit dua hala untuk keselamatan dan memudahkan laluan” katanya.

Semasa tinjauan dibuat, pihak media mendapati para pekerja yang telah ditugaskan sedang sibuk mencungkil papan-papan yang telah reput untuk digantikan dengan yang baru. Kawasan tersebut juga telah ditutup buat sementara daripada laluan kenderaan untuk kerja-kerja pembaikan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN