28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengguguran kes Musa Aman satu kemenangan Moral – UMNO Sabah.

GAMBAR – Dato Sri Bung DATO Moktar Radin.

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyifatkan pengguguran kesemua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman bukan sahaja kemenangan moral secara peribadi kepada beliau(Musa) tapi juga kemenangan moral kepada UMNO yang sering difitnah dan dilebalkan oleh pembangkang sebagai  sebagai pemimpin korap dan perampok .

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung  Moktar Radin berkata kemenangan moral ini akan merintis  jalan yang lebih meyakinkan kepada parti untuk bangkit ke arah kemenangan yang lebih besar khususnya ketika berhadapan PRU ke 15 akan datang 

” Alhamdulillah UMNO Sabah memanjatkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada Musa yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah atas kejayaan ini dan berharap ianya akan membakar semangat beliau sekali gus membakar semangat ahli  UMNO Sabah untuk terus bangkit” katanya ketika dihubungi bagi mengulas pengguguran pertuduhan  rasuhah dan penggubalan  wang haram  ke atas Musa

KELUAR..Musa diiringi oleh penguam peguam beliau ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada selasa

Terdahulu Mahkamah Tinggi pada selasa lepas melepas dan membebaskan Musa daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

Peguam Francis Ng Aik Guan yang mewakili Musa kemudian memohon mahkamah untuk melepas dan membebaskan anak guamnya bagi mengelakkan daripada tuduhan tergantung.

Berikutan itu, Muhammad Jamil mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu dilepas dan dibebaskan daripada semua tuduhan.

Mengulas lanjut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata kemenangan Musa ini membuktikan banyak fitnah yang bertebaran ini adalah fintah yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pembangkang di luar sana.

” Dalam setuasi sekarang rakyat bijak menilai pemimpin dan parti mana yang sebenarnya perompak ,korap dan pengamal rasuah sebagai contoh ada pemimpin kanan sebuah parti tempatan dipanggil SPRM disoal siasat begitu juga di peringkat Pusat ada pemimpin menyimpan wang tunai ratusan ribu di rumah dan disiasat SPRM” jelas Bung .

Bung berkata perkembangan positif keputusan mahkamah itu diyakini dapat melonjakkan sokongan penyokong dan pengundi kepada Barisan Nasional dan UMNO khususnya di Sabah.

Untuk rekod ketika ini hanya Musa wakil rakyat tunggal yang mewakili UMNO di DUN Sabah setelah rakan rakan yang lain berhijrah ke parti lain 

Sementara itu dalam satu kenyataan media Musa 

melahirkan rasa kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Tinggi menggugurkan kesemua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap dirinya hari ini.

“Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya dengan izin Tuhan saya diberikan keadilan untuk membersihkan segala tuduhan yang sekian lama dibuat keatas diri saya,” katanya.

Musa turut mengucapkan penghargaan kepada badan pendakwaan dan badan kehakiman negara yang

bertindak secara objektif, profesional, berkecuali dan tanpa prejudis didalam menilai fakta kes ini sejak dua tahun yang lalu. -BDB

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN