26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pengaspalan jalan di tiga kampung dan naiktaraf gerai tamu Pekan Apin-Apin antara Pembangunan bakal dinikmati penduduk DUN Bingkor

Robert (tiga dari kiri) menyaksikan pameran hasil pertanian pada majlis itu.

KENINGAU: Pengaspalan jalan raya di tiga buah kampung dan naiktaraf gerai tamu Pekan Apin-Apin antara pembangunan yang bakal dinikmati penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor tidak lama lagi.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, masyarakat di tiga buah kampung iaitu Kampung Baginda, Tigot dan Kota Ayangan di daerah ini bakal menikmati jalan raya berturap yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun ini.

Katanya, kerja-kerja penurapan sedang dilaksanakan ketika ini yang melibatkan jarak sejauh lebih lima kilometer.

Selain itu katanya, peniaga di tamu Pekan Apin-Apin juga bakal menerima kemudahan gerai-gerai yang lebih selesa selepas siapnya naik taraf gerai-gerai itu nanti.

“Pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf gerai terbuka ataupun gerai-gerai untuk tamu Pekan Apin-Apin dan ini dalam proses tander daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan pembinaan naik taraf gerai-gerai ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Majlis Ramah Mesra Kaamatan Peringkat Mukim Bingkor, di Dewan Masyarakat Bingkor Keningau pada Sabtu.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor berkata, beliau juga sentiasa dan terus melaksanakan program-program yang membawa kepada kesejahteraan dan kehormanian rakyat khususnya di DUN Bingkor ini.

Beliau turut menyatakan akan terus memantau kerja-kerja pembaikan atau naik taraf yang sedang dilaksanakan ketika ini terutamanya pembinaan Jambatan Jalan Tambunan – Keningau iaitu berhampiran Kampung Liau agar terus berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan demi pengguna.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN