BERBAHAYA…Jalan Raya Ranau-Tambunan dekat Kg.Tungou bakal terputus.
RANAU: Penduduk dan pangguna jalan Ranau-Tambunan, dekat Kampung Tungou di sini meluahkan kerisauan jalaraya berpotensi terputus pada bila-bila masa akibat tanah runtuh.
Beberapa pengguna yang sempat ditemui berasa kuathir jika tiada tindakan membaik-pulih kawasan yang mengalami tanah runtuh seperti yang berlaku dekat perkampungan penduduk Kg.Tungou.
“Keadaan tanah runtuh ini sudah lama berlaku namun, belum ada tindakan pihak berwajib untuk mengatasinya”, jelas Painin Bin Wali salah seorang pengusaha pengangkutan awam Kg.Tungou.
Painin mengharapkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya bertindak lebih awal membaiki kerosakan (tanah runtuh) sebelum ada yang tidak diingini berlaku.
“Menurut Painin lagi, tindakan untuk membaiki tanah runtuh dekat Kg.Tungou wajar disegerakan bukan sahaja untuk keselamatan pengguna jalan raya, malah perumahan penduduk berhampiran”, tambah Painin.
Sementara itu, pihak JKR Ranau ketika dihubungi, memberi jaminan bahawa kerosakan jalan raya (tanah runtuh) dekat Kg.Tungou akan diatasi sebaik sahaja jabatan mendapat peruntukan kewangan yang mencukupi.
“Baru-baru ini Konsisi (kontraktor) Globinaco yang bertugas pemantauan kerosakan jalan raya Ranau-Tambunan sudah membuat pengukuran dan pemantauan tanah runtuh dekat Kg.Tungou, dan kini sedang menunggu peruntukan secukupnya untuk tujuan pembaikan”, jelas jurucakap JKR Ranau.