30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Patau diajak sokong calon GRS

Hendry (kiri) dan Amizan sempat merakam gambar bersama Datuk Jonathan (tengah).

RANAU: Penduduk Kg.Patau terletak 38 kilometer dari pekan di sini, diajak supaya  memberi sokongan padu kepada calon GRS Bersatu Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada Pilihan Raya Umum Parlimen ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi untuk menikmati kesinambungan  projek pembangunan dan sumbangan Datuk Jonathan kepada rakyat akar umbi di kawasan Parlimen berkenaan.

Mantan ahli Warisan Sabah (Warisan), Hendry@Usin Bin Saganding mewakili penduduk Kg.Patau menyeru agar memberi sokongan sepenuhnya dengan mengundi  Datuk Jonathan untuk membolehkan perancangan serta sumbangannya kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan idologi politik.

Menurut Hendry, sumbangan Jonathan membiayai kos rawatan perubatan Hospital kepada penduduk Ranau, amat disanjung tinggi dan dihargai.

“Datuk Jonathan juga sering menghulurkan bantuan berupa derma kepada warga emas, ibu tunggal, bapa tunggal, pesakit telantar, Orang Kelainan Upaya(OKU), Anak Yatim, keluarga yang kehilangan ahli keluarga (meninggal dunia) dan banyak lagi”, jelas Hendry.

Beliau turut mendedahkan komitmen tinggi Datuk Jonathan menyantuni rakyat walupun berjalan kaki sehingga 5 kilometer semata-mata menemui dan meninjau keperluan rakyat di kawasan pedalaman.

“Setahu saya hanya pemimpin seperti Datuk Jonathan benar-benar punyai komitmen tinggi, Prihatin dan Pejuang Rakyat di kawasan Parlimennya”, tambah Hendry turut disokong oleh Pengerusi JPKK Kg.Giring, KK Amizan Bonggel.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN