25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pendidikan platform asas pembangunan kawasan Telupid -Jonnybone

CENDERA KENANGAN… Jonnybone (dua, kanan) menerima cendera kenangan daripada Barizah dalam kunjungan hormat ke PPD Tongod Telupid.

TELUPID, 14 Jan 2021: Pendidikan merupakan asas pembangunan dan perkembangan individu yang seterusnya akan membawa inovatif serta kemajuan kepada rakyat di kawasan Telupid dan perlu dipandang serius oleh pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid Jonnybone J Kurum dalam ucapan beliau, menyatakan bahawa pendidikan merupakan tapak asas pembangunan di kawasan Telupid dan jika ingin mencapai matlamat ini, mutu pendidikan perlu dicapai dan kemudahan tempat belajar perlu disediakan bagi melahirkan modal insan yang berjaya pada masa akan datang.

“Melihat kepada keperluan pendidikan di daerah ini, sebuah sekolah baharu (SMK Kepuron) perlu dibina bagi menempatkan dan menampung pelajar yang semakin ramai di daerah ini. Saya selaku wakil rakyat kawasan Telupid memohon kepada pihak kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat mempertimbangkan hasrat dan harapan rakyat, dengan membina sebuah sekolah baharu bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan tidak lagi bersesak dalam satu kelas.” katanya.

Sehingga kini, hanya terdapat dua sekolah menengah sahaja di daerah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Telupid dan SMK Ulu Sapi.

Jonnybone dalam kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tongod Telupid menyeru agar semua penjawat awam bersama-sama menyokong dasar-dasar kerajaan dan mengembleng tenaga memajukan sistem pendidikan di kawasan Telupid.

Manakala, Pegawai Pendidikan Daerah Barizah Mohd. Kahar memberitahu bahawa dari perkembangan pencapaian akademik dan pendidikan masih berada di tangga terakhir di negeri Sabah.

“ Justeru, besarlah harapan saya dan warga PPD Tongod Telupid ini untuk berusaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar secara keseluruhan,” katanya.

Barizah juga merakamkan penghargaannya kepada Jonnybone atas Sumbangan Program Sentuhan Kasih untuk membantu sekolah-sekolah di daerah ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN