Arthur menyampaikan APC kepada salah seorang guru wanita.Arthur
KENINGAU:Pegangan teguh kepada asas Pendidikan sebagai pemacu yang penting dalam membangun dan meningkatkan sosioekonomi sesebuah kawasan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pendidikan akan membolehkan anak-anak Keluarga Malaysia Pensiangan mengubah masa hadapan ke arah yang lebih baik bagi diri dan keluarga mereka kelak.
Arthur berkata, sebagai Ahli Parlimen P.182 Pensiangan, infrastruktur-infrastruktur asas untuk pendidikan yang inklusif dan mampan sentiasa adalah keutamaan beliau.
“Antaranya membina 46 menara telekomunikasi yang baru serta menaik taraf 44 menara yang sedia ada termasuk di kawasan kampung yang jauh, menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan seterusnya ke Pensiangan dan menaik taraf beberapa buah sekolah daif di kawasan Parlimen Pensiangan antaranya ialah SK Pekan Nabawan, Sekolah K9 Pekan Pensiangan, SK
Sepulot, SK Ponontomon serta banyak lagi” katanya semasa berucap menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PPD Pensiangan Tahun 2020 di Dewan SK Pekan di sini kelmarin.
Seramai 63 orang warga pendidik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pensiangan menerima APC pada majlis itu.

Arthur menyampaikan APC kepada salah seorang guru lelaki.
Beliau turut menyatakan impian beliau untuk melihat anak-anak muda, barisan pelapis pemimpin negara dari kalangan anak pendalaman mempunyai akses kepada pendidikan yang inklusif dan mampan bagi mewujudkan peluang untuk mereka mencipta masa depan yang cerah dan mengubah masa depan mereka dan keluarga.
Pada masa sama Ahli Parlimen Pensiangan itu menyeru agar warga PPD Pensiangan berpegang teguh kepada moto ‘Pensiangan Sumingkot’, berganding bahu serta mengeratkan kerjasama bagi memperkasakan pendidikan anak-anak di kawasan Pedalaman Sabah dan seterusnya
meningkatkan kedudukan prestasi PPD Pensiangan daripada tangga 16 ke 10 tangga teratas di peringkat Negeri.
”Kerjasama dan komitmen warga PPD Pensiangan telah melakarkan pencapaian yang membanggakan di peringkat Negeri antaranya Pingat Emas Program Pendidikan Insklusif (PPI ) Model Holistik (85.40%), Pencapaian Pdpr 70% Fasa 2 Melepasi Sasaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Anugerah Pejabat Pendidikan Daerah Lulus 100% STPM Tahun 2020 perlu di kekal dan dipertingkatkan lagi” katanya.
Majlis itu bertujuan meraikan pencapaian cemerlang warga pendidik PPD Pensiangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik walaupun ketika negara berhadapan dengan
pandemik COVID-19 bagi memastikan aktiviti pembelajaran tetap dilaksanakan secara Home-based Learning supaya keterlibatan murid dalam pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan dari rumah (PdPR).