31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pendidikan Khas SMK Bum-Bum berjaya kelola Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Khas

DISAMBUT MESRA…Ketibaan Rombongan PPD yang di sambut oleh Pengetua Encik Arifin dan En.Mohammad Isnin (Penolong Kanan PPKI) dan guru-guru yang lain.

SEMPORNA: Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Khas Peringkat Daerah Semporna berlangsung pada 26-27 Mei 2025 di SMK Bum-Bum di sini.

Program julung kali di adakan di SMK Bum Bum ini rasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Puan Hajah Rozita Binti Anjung dan turut dihadiri oleh Encik Arifin Musidi selaku Pengetua SMK Bum Bum.

Turut sama memberi sokongan program ini ialah Pengetua dan Guru Besar yang ada Program Pendidikan Khas Integrasi Di Daerah Semporna.

Sementara itu pada hari berikutnya di hadiri oleh guru- guru besar yang merupakan “feeder school” bagi SMK Bum Bum.

TANDATANGAN…Puan Hajah Rozita menandatangani buku kedatangan PPKI SMK Bum-Bum sebelum upacara perasmian.

Karnival ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat anak anak Berkeperluan Khas sama ada di sekolah rendah dan menengah.

Beberapa acara telah di rancang khusus untuk karnival tersebut bagi tujuan menarik minat anak anak berkeperluan khas untuk terus terlibat antaranya nyanyian solo,tarian igal igal,aerodance,dekorasi kek,anyaman tudung saji dan poster digital.

Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai dan sijil masing masing.

Selain itu,beberapa rakan strategik Program Pendidikan Khas Smk Bum Bum turut sama menjayakan karnival selama dua hari seperti Pemulihan dalam Komuniti (PDK),Jabaran KEMAS,Bank kerjasama Rakyat,Coop Bank,Agro Bank dan beberpa lagi yang Pertubuhan Bukan Kerajaan turut serta menjayakan dengan menyertai Pameran dan Reruai.

MENARIK ..Antara peserta Pameran Reruai yang menyertai program itu.

Dalam masa yang sama di hari terakhir program masyarakat dan warga sekolah berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan gigi yang di buat secara percuma oleh Klinik Kesihatan Gigi Pulau Bum Bum.

Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK BUM BUM, Encik Mohammad Isnin Ahmad berkata program ini adalah satu gerak kerja yang di rancang dengan rapi bertujuan untuk membuka mata dan telinga khususnya untuk komuniti di Pulau Bum Bum mengenai peluang yang terdapat di PPKI SMK Bum Bum.

Beliau berkata program ini dapar memberikan manfaat kepada semua peserta terutama sekali golongan pelajar berkerperluan khas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN