28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Jun 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pendidikan Adalah Aset Perubahan Masyarakat Jangka Panjang : Azman

Datuk Azman menyampaikan sijil tamat sekolah Tahun 6 kepada salah seorang murid SK Bunga Raya di saksikan Tuan Arinin Naiman Timb PPD Keningau

Oleh: Dr. Francis Andin

KENINGAU: Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang pendidikan merupakan Aset kepada perubahan sesebuah masyarakat dalam jangka masa panjang dan ilmu yang tidak boleh dijual beli.

Pengerusi Sabahnet Sdn.Bhd Sabah, Datuk Azman haji Ruslan berkata tiada harta yang lebih bernilai dan sukar dijual beli adalah ilmu pengetahuan pendidikan yang diperolehi sejak kecil dibangku sekolah rendah, menengah seterusnya diperingkat pengajian tinggi.

Justeru katanya ibubapa perlu mengutamakan pendidikan anak-anak , agar pendidikan akan menjamin masa depan anak-anak untuk memenuhi kepeluan tenaga mahir pekerjaan yang sesuai dan menajdi pelapis kepada kepimpinan negara yng semakin mencabar kini dan akan datang.

Katanya ini termasuklah penguasaan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi untuk bersaing dalam pendidikan Era Globalisasi yang memerlukan kepakaran yang tinggi.

Datuk Azman bersama sebahagian pegawai dan warga Pendidikan SK Bunga raya

“ Ilmu teknologi ini perlu dikuasai oleh generasi pada era pendidikan, dunia tanpa sempadan supaya anak-anak bakal menjadi pewaris kepada kepimpinan negara akan datang bukan sahaja mempunyai jati diri tetapi pakar dalam bidang yang sentiasa menjadi persaingan Dunia untuk maju”katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah dan Pengiktirafan Murid sesi persekolahan 2023 peringkat SK Bunga Raya.

Terdahulu, Azman menyampaikan sumbangan bagi pihak sabahnet berupa kelengkapan peralatan pembesar suara untuk kemudahan murid-murid SK Bunga Raya.

Sementara itu, berucap dimajlis yang sama, Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Keningau Arinin Naiman berkata kejayaan anak-anak adalah bermula dari rumah dan dikukuhkan di sekolah dengan melalui proses pengajaran dan pembelajaran formal.

“ Saya yakin dan percaya perbandingan masa anak-anak di sekolah secara asasnya 8 jam sahaja dan selebihnya bersama ibubapa, justeru jika ibubapa dan guru bersama mengambil tahu tentang perkembangan semasa pendidikan anak-anak di sekolah, sudah tentu membantu menjamin masa depan anak-anak untuk mencapai kejayaan yang diharapkan”katanya.

Sebahagian murid tahun 6 SK Bung raya yang menerima sijil tamat persekolahan rendah sesi 2023

Katanya selaras dengan slogan PPD dihadapan menerajui Perubahan dan Slogan Jabatan Pendidikan Sepakat Sabah Hebat sudah membawa maksud mendalam inginkan kebersamaan semua pihak dalam menjadi penentu kecemerlangan pendidikan dan sekolah.


Pada majlis itu, seramai 48 murid tahun 6 menerima sijil dan anugerah selain lebih 100 murid menerima penghargaan atas kejayaan sepanjang tahun 2023 dalam pelbagai bahagian Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan juga Kokurikulum. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian pelajar Asrama Desa sekolah, Koir Tahun 6 dan penghargaan ibubapa serta pekerja swasta contoh sebagai galakan kerjasama sekolah.

Hadir sama Pengerusi PIBG Japrin Thomas, Ketua Kampung Ahmad Kais, para ibubapa dan warga sekolah-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN