27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda, Puteri Umno Keningau menyampaikan juadah hari raya kepada petugas barisan hadapan.

Hadjin (tiga dari kiri)menyampaikan juadah raya kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Oleh: Marutin Ansiung

KENINGAU:Pada Hari Raya pertama Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Keningau menyampaikan juadah hari raya kepada petugas barisan hadapan. 

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Keningau Hadjin Sujaree dan Ketua Puteri Umno Keningau Puan Siti Noor Zati Kamelah Sairin memyampaikan juadah raya itu kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Menurut Siti Noor Zati Kamelah, Pergerakan Pemuda dan Puteri berbuat demikian kerana prihatin dengan petugas barisan hadapan yang tidak berpeluang bersama dengan keluarga pada musim Hari Raya Aidilfitri.

Siti Noor Zati Kamelah (tiga dari kanan)menyampaikan juadah raya kepada anggota PDRM di IPD Keningau.

“Disaat orang  lain berkumpul bersama keluarga sambil menjamu juadah hari raya, mereka tidak dapat merasakan suasana raya kerana menjalan tugasan hakiki perlu untuk menjaga keamanan negara” katanya.

Oleh itu katanya, gabungan Pergerakan ini turut prihatin dengan petugas barisan hadapan dan ingin berkongsi juadah hari raya agar mereka turut serta merasakan suasana itu walaupun bukan bersama keluarga tercinta. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN