Dari kiri: WKAN Christina Kadau,KAN Awil Ugoh, KAN Benard Michael, KAN Teburou Sumping, Robert Paulus,YB Datuk Robert Tawik @ Nordin, OKK Daniel Palangi dan KAN Libah Jali.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor (ADUN ) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengingatkan kepada pemegang adat agar dapat memperkasakan institusi Mahkmah Anak Negeri dalam pengurusan adat istiadat dikalangan masyarakat.
Beliau juga berharap kepada pemegang adat yang telah diberikan kepercayaan oleh kerajaan iaitu Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung supaya dapat melaksanakn tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur, adil dan beretika agar tidak ada yang mempertikaikannya.
Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung adalah barisan hadapan kerajaan.
“Justeru itu mereka perlu menjaga institusi Mahkmah Anak Negeri dengan baik dan berkesan” katanya semasa kunjungan Ketua-Ketua Adat Kawasan Bingkor telah kepada beliau di Pejabat ADUN N.40 Bingkor di Bandar Baharu Keningau di sini hari ini.
Rombongan Ketua-Ketua Adat seramai enam orang itu diketuai oleh Ketua Daerah N.40 Bingkor OKK Daniel Palangi.
Dalam kunjungan tersebut beberapa perkara yang telah dibincangkan antaranya berkaitan dengan peranan Mahkamah Anak Negeri, tanggungjawab Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung disamping permasalahan penduduk.
Turut serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred dan Timbalan Ketua STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor Robert Paulus.