28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembantu Menteri Kerja Raya Robert Tawik menerima Kunjungan Hormat Pegawai Penguasa Perikanan Keningau

Robert (kiri)bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam perjumpaan itu.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima Kunjungan Hormat Pegawai Penguasa Perikanan Daerah Keningau Harun Bin Duin.

Dalam perjumpaan tersebut  kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dan membincangkan  perkara-perkara yang berkaitan dengan Perikanan di Daerah Keningau yang menjurus kepada pembangunan dan peningkatan ternakan air tawar di daerah ini.

Menurut Robert  juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor, sebagai wakil rakyat  di kawassn ini beliau akan sentiasa menyokong dan membantu semampunya berkenaan usaha-usaha mana-mana jabatan dan agensi kerajaan yang membantu masyarakat.

Ini katanya, penting bagi memastikan perancangan kerajaan untuk membantu rakyat dalam peningkatan ekonomi dapat dilaksanakan dan menepati sasaran.

Beliau juga berharap agar setiap jabatan dan agensi kerajaan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat sesuai dengan peranan dan fungsi jabatan masing-masing.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN