ADVERTISEMENTspot_img

Pemandu maut, penumpang parah kereta terbabas di Bulatan 360 Bundusan

TERBABAS… Keadaan kereta yang terlibat kemalangan

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 27 tahun maut manakala penumpangnya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tembok bulatan di Bulatan 360, Jalan Bundusan, di sini, kira-kira 4.30 pagi pada Sabtu

Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar tembok bulatan, mengakibatkan bahagian hadapan kenderaan terbakar.

Beliau berkata pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang lelaki yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

“Identiti penumpang yang cedera parah masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sammy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni, menerusi talian 019-809 5133.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN