25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pelbagaikan kaedah saluran maklumat di tahun 2024: James

JAMES (tengah) ketika mempengerusikan bersama Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri Sabah Bil 2/2023 yang diadakan di Hyatt Regency, Kota Kinabalu pada Selasa.


KOTA KINABALU: Setiap program kepenggunaan yang akan dirancang untuk dilaksanakan tahun hadapan perlu mempelbagaikan kaedah saluran maklumat, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib.


“Agensi dan Jabatan yang terlibat perlu mempelbagaikan kaedah saluran maklumat seperti melalui media massa, media sosial, aktiviti turun padang dan melibatkan peserta yang mempunyai pelbagai peringkat umur dan lokasi program yang berlainan,” katanya.


Melalui pendekatan seperti, James berkata, beliau yakini terdapat peningkatan jumlah rakyat Sabah yang mengetahui hak-hak mereka dan berani bertindak dengan menggunakan saluran yang tepat.


“Pihak kerajaan negeri dan persekutuan sentiasa komited membantu menangani isu-isu berkaitan kepenggunaan dan akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi melindungi pengguna khususnya di Negeri Sabah,” kata beliau.


James yang juga ADUN Sugut berkata demikian semasa mempengerusi Bersama Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri Sabah Bil 2/2023 yang diadakan di Hyatt Regency, Kota Kinabalu pada hari Selasa.


Mesyuarat turut dihadiri Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah merangkap Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Sabah, Georgie Abas, dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Maria Chong.


James menambah bahawa mesyuarat tersebut dapat dijadikan satu medium untuk kita membincangkan program-program atau aktiviti-aktiviti yang dapat kita anjurkan bersama-sama dalam usaha untuk mewujudkan satu rangkaian yang padu antara agensi Kerajaan dan pihak-pihak pemegang taruh (stakeholder) di negeri Sabah serta untuk mendapatkan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan pada tahun 2024.


“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jemputan pembentang pocket talk kita pada hari ini iaitu Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah, Muhammad Amri bin Idris, yang sudi berkongsi maklumat dan memberikan pemahaman yang lebih jelas berhubung Hubung Kait Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI) Dan Inflasi serta pembentang dari Pejabat KPDN Negeri Sabah,” kata beliau.


Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd Ali, atas pelantikan beliau sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang baharu pada 12 Disember 2023.


“Sebelum ini YB Datuk Armizan merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) dan dilantik sebagai pemangku Menteri KPDN selepas pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub.


“Semoga semua usaha beliau semasa menjalankan tugas sebagai Menteri KPDN memberi manfaat bukan sahaja kepada semua rakyat Malaysia, juga dikurniakan pahala buat Allahyarham di akhirat nanti,” jelas beliau.


Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian, Pengerusi-pengerusi Gerakan Pengguna Daerah (GPD), Ketua-Ketua Jabatan, ahli-ahli Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Sabah, dan para secretariat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN