28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelanggan Kunjungi Restoran Sri Utara, Anjung Ketam Labuan Perlu Buat Saringan

LABUAN: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari meminta semua pelanggan dan pengunjung dua premis makanan iaitu Restoran Sri Utara di pusat bandar dan Anjung Ketam Tanjung Aru pada 18 dan 19 September lalu supaya menjalani ujian pengesahan COVID-19 dengan segera di Klinik Kesihatan Membedai.

Belia berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan ada individu mengunjungi dua premis makanan itu disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan baru-baru ini.

“Masa yang dikenal pasti adalah antara jam 12 hingga 2 petang di Restoran Sri Utara dan antara jam 7.30 hingga 9 malam di Anjung Ketam”.

“Pihak kami sudah mengeluarkan notis arahan kepada sesiapa yang mengunjungi premis makanan berkenaan untuk segera tampil menjalani ujian pengesahan COVID-19 di Klinik Kesihatan Membedai dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Labuan telah mencatatkan dua kes baharu (kes terbaru pada Isnin) menjadikan jumlah keseluruhan kepada 27 kes setakat ini.

Sementara itu, Dr Ismuni mengesahkan tidak ada sekatan dikenakan kepada mana-mana individu dan syarikat pengangkutan untuk ke Labuan susulan kawalan lebih ketat di semua pintu masuk ke pulau bebas cukai disini.

“Kita tidak mahu ekonomi Labuan terbantut…oleh itu tidak ada sekatan dikenakan kepada syarikat pengangkutan untuk masuk ke sini”.

“Kepada yang berulang-alik ke Labuan, Jabatan Kesihatan Labuan akan berikan kad pemeriksaan kesihatan kepada mereka… sudah semestinya mereka juga perlu jalani ujian COVID-19 setiba disini… tetapi tidak diwajibkan kuarantin di Labuan,” katanya.

TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN