Dr Zaliha ketika mendengar taklimat Pengurusan Perbadanan Labuan di Wisma Perbadanan Labuan.
LABUAN: Pelan Tindakan Pelancongan Labuan 2025-2030 yang dirangka oleh Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) siap sepenuhnya menjelang April ini, demikian kata Menteri Di Jabatan Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata demikian selepas mempengurusikan Mesyuarat dan Taklimat Pengurusan Perbadanan Labuan di Wisma Perbadanan Labuan, baru baru ini.
Katanya, dengan siapnya pelan itu nanti ia akan menjadi panduan strategik untuk membangunkan sektor pelancongan Labuan.
“Pelan Tindakan ini akan menjadi panduan strategik dengan mengariskan pelbagai inisiatif yang mampu membantu meningkatkan sektor pelancongan Labuan 2025-2030” katanya.
Beliau yang dalam rangka lawatan kerja bulanan ke Labuan turut menjelaskan inisiatif untuk mewujudkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025-2030 itu merupakan inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama pihak berkepentingan seperti Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan dan pemain industri pelancongan.
“Selain itu kita juga turut menekankan kepada infrastruktur penting dan penambahbaikan perkhidmatan untuk menyokong objektif pelancongan” katanya