25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pejabat Daerah Ranau Perintis Pendigitalan Perkhidmatan

Sumber gambar: Laman Rasmi Facebook Pejabat Daerah Ranau

RANAU: Pejabat Daerah Ranau (PDR) melangkah setapak kehadapan dalam mentranformasikan perkhidmatannya kepada masyarakat menerusi pendigitalan perkhidmatan.

Laman rasmi Facebook Pejabat Daerah Ranau dalam satu kenyataan yang dimuat naik hari ini berkata, PDR merupakan pejabat perintis di negeri ini untuk mendigitalkan beberapa perkhidmatan.

Sumber berkata, antara perkhidmatan yang bakal didigitalkan adalah proses permohonan projek, permohonan lesen dan permohonan rumah kerajaan.

“Apabila sistem ini mula beroperasi, sudah pasti akan memberi impak positif dari segi penyampaian kepada orang awam keseluruhannya.

“Terimakasih kepada Unit Digital JPAN Sabah yang banyak membantu membangunkan sistem digital ini,” kata sumber itu.

Pejabat Daerah Ranau turut mengucapkan terima kasih kepada yang telah terlibat mempelopori idea hebat ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN