24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pejabat Daerah Ranau benam LKNS 5-0

RANAU: Pasukan Pejabat Daerah Ranau (PEDERA) membelasah pasukan pelawat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) 5-0 dalam pelawanan persahabatan bola sepak di sini, baru-baru ini.

Perlawanan yang berlangsung di Padang Pekan Ranau itu, menyaksikan barisan pemain yang diturunkan PEDERA beraksi cemerlang sepanjang separuh masa pertama dan kedua.

PEDERA membuka tirai jaringan menerusi irwan Maruji sekaligus mendahului 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak di separuh masa kedua, pemain-pemain PEDERA terus mengasak pasukan lawan dan hasilnya, PEDERA berjaya meledak 4 gol sehingga wisel penamat dibunyikan.

Tiga daripada empat gol di separuh masa kedua telah dijaringkan pemain lincah pasukan PEDERA, Cannysius Justin, sekaligus mencipta hatrik.

Manakala gol  kelima PEDERA diperolehi hasil jaringan Kajawan Jacklis, juga di separuh masa kedua.

ADO Hasinin (kiri) bertukar cendermata kepada ketua pasukan LKNS.

Perlawanan persahabatan itu dihadiri Penolong Pegawai Daerah Ranau, Hasinin Kinsim, yang turut turun bermain untuk pasukan PEDERA.

Hasinin ketika ditemui berkata, perlawanan persahabatan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sedia terjalin antara PEDERA dan LKNS.

“Perlawan ini juga bertujuan memupuk dan menyemai semangat kesukanan selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan”, katanya.

Disamping itu katanya, secara tidak langsung perlawanan persahabatan ini juga dapat mengurangkan tekanankerja.

sharethis sharing button
facebook sharing button
twitter sharing button
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN