HADIAH…. Aminah menyampaikan hadiah kepada pasukan JaPen yang menewaskan Labuan FM pada perlawanan tersebut.
LABUAN: Pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Wilayah Persekutuan Labuan disaran agar terus bergiat aktif dalam apa juga bidang sukan supaya kekal sihat dan produktif dalam melaksanakan tugas seharian
Saranan itu diungkapkan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, Aminah Sasmsudin Mohd ketika merasmikan Perlawanan Persahabatan Futsal antara Labuan FM (Jabatan Penyiaran) dan Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan di Gelanggang Futsal Tanjung Purun, dekat sini, malam kelmarin.
FUTSAL…pasukan JaPen(duduk) bersama pasukan Labuan FM bergambar kenangan sebelum perlawanan dimulakan.
Selain itu katanya, aktiviti sukan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik tetapi juga dapat membentuk persafahaman.
“Malah aktiviti sukan juga dapat menjalin kerjasama yang erat dikalangan pegawai dan kakitangan” katanya.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab. Rasil Hajatil dan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Labuan, Noor Affatizah Sabtu.
Dalam perlawanan yang akan diadakan sebulan sekali itu, pasukan JaPen berjaya menewaskan pasukan Labuan FM 6-4.
Selain muncul juara, pemain JaPen Haziq Ruslain turut dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan.