27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PdP dalam bilik darjah yang lebih kondusif beri impak positif kecemerlangan murid

GIMIKā€¦.Jasnie (kiri) menerima cenderamata dan penyerahan alat Penghawa Dingin daripada Jupperi diperhatikan Cikgu Noorleen.

TAMPARULI: Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah yang lebih selesa memberi impak positif serta pemangkin kepada kecemerlangan murid-murid.

Dengan kesedaran itu Persatuan Kontraktor Sabah (PKS), menyumbang sebuah alat Penghawa Dingin kepada bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK. Pekan Tamparuli telah disampaikan Presiden PKS, Jupperi Bin Lenson kepada sekolah itu baru-baru ini.

Guru Besar SK.Pekan Tamparuli, Jasnie Bin Omar yang mewakili sekolah menerima peralatan itu, ketika menghubungi Borneo Daily Buletine (BDB), mewakili pihak sekolah khususnya PPKI SK.Pekan Tamparuli, merakam penghargaan dan terima kasih kepada PKS atas sumbangan tersebut.

“Pihak  sekolah ini merakam penghargaan dan terima kasih kepada PKS khususnya tuan Jupperi kerana membantu menyumbang peralatan Penghawa Dingin tersebut memberi keselesaan kepada kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di kelas berkenaan.

“Dengan adanya alat Penghawa Dingin itu akan memberi keselesaan kepada murid-murid  istimewa untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) harian mereka”, tambah Jasnie.

Jupperi ketika ditemui, mengharapkan kepada guru-guru PPKI agar manfaatkan alat penghawa dingin yang disampaikannya itu demi keselesaan pembelajaran murid-murid.

“Kita akan memikirkan  sumbangan peralatan seumpanya atau peralatan lain untuk sekolah ini pada masa akan datang”, tambah Jupperi.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN