31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Patuhi perintah atau berdepan tindakan tegas-Polis

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai di sini supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang tempoh ianya dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu sehingga 31 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Sammy Newton dalam satu kenyataan menegaskan, mana-mana pihak atau individu yang ingkar akan diambil tindakan tegas.

DSP Sammy turut sama memantau sekitar pekan

“Pada peringkat awal, pendekatan Polis adalah memberi nasihat seterusnya memberi amaran dan akhir sekali tangkap sekiranya mereka masih ingkar.

“Polis sebagai salah sebuah agensi penguatkuasa yang diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Akta 342 ) akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam menguatkuasakan perintah tersebut,” tegasnya.

Polis turut membuat rondaan di tempat awam

DSP Sammy berkata, bagi meningkatkan lagi keberkesanan perintah tersebut, pihak polis menyeru kepada orang ramai supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan- keperluan asas.

Jelasnya, pemantauan pihak polis pada hari pertama perintah ini dikuatkuasakan di daerah Ranau mendapati beberapa individu terutamanya yang menjalankan perniagaan masih kurang jelas berkaitan arahan tersebut.

SEKATAN JALAN…Polis turut membuat sekatan jalan

“Individu-individu ini kemudian telah dinasihatkan oleh pihak polis supaya akur dan mematuhi arahan yang telah diwartakan.

“Polis juga menasihati orang ramai agar menangguhkan aktiviti seperti, perkumpulan, majlis keramaian keluarga/kenduri-kendara, pergerakan merentas negeri /daerah jika tiada keperluan.

“Selain itu, percutian keluarga ditempat-tempat rekreasi dan tumpuan awam ditangguhkan atau dibatalkan.

Katanya, sepanjang perintah dikuatkuasakan, pengusaha- pengusaha pusat pelancongan dinasihatkan memberi kerjasama dan memandang serius usaha kerajaan dalam usaha menangani wabak pendemik ini dengan menutup sementara operasi mereka.

NOTIS ….Pois turut melakatkan notis perintah sekitar pekan

DSP Sammy menegaskan pihak polis akan terus melakukan rondaan dan pemantauan termasuk sekatan jalan sepanjang tempoh ini bagi memastikan arahan ini dipatuhi sepenuhnya.

Rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 110 kes baharu jangkitan koronavirus (COVID-19) direkodkan setakat pukul 12 tengah hari pada Khamis.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling manakala 47 kes lagi adalah dari kluster kecil.

Beliau berkata, penambahan kes jangkitan itu menjadikan jumlah kes positif  COVID-19 adalah sebanyak 900 kes. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN