ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Sunflower FC Juara Kategori Bawah 12 Tahun Piala Presiden Keningau FA

Rafie ketika menyampaikan hadiah kepada pasukan juara iaitu Sunflower FC kategori 12 Tahun Kebawah.

KENINGAU: Pasukan Sunflower FC muncul juara bagi kategori bawah 12 tahun kejohanan Piala Presiden Keningau FA yang berakhir pada Sabtu.

Manakala, tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh The Titan FC, Binaong FC dan SK Binakaan.

Juara dan tempat kedua masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan RM500.

Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan RM200.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan sendiri oleh Presiden Keningau FA, Rafie Robert selepas perlawanan akhir dalam kategori berkenaan.

Kategori ini telah disertai sebanyak lapan pasukan.

Dalam kejohanan ini, terdapat empat kategori dipertandingkan dan Kategori Terbuka, Bawah 15 tahun dan 17 tahun masih lagi diteruskan dan bakal berakhir sepenuhnya pada 20 Mei depan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN