25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan  Seaborg juara Cabaran  DAIWA Deep Sea  Challenge 2023

LABUAN:Pasukan Seaborg  muncul juara Cabaran DAIWA Deep Sea  Challenge sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023  yang berakhir pada Ahad.

Pasukan itu yang mengabungkan 9 pemancing dari Sabah, Labuan dan Perancis  membawa pulang wang tunai RM40,000 apabila berjaya mengumpul hasil tangkapan seberat 113 kilogram (kg).

Dalam  pada itu, salah seorang pemancingnya Samuel Bonging dari Labuan  menjadi hero apabila berjaya menaikkan ikan Kerapu Gergasi seberat 77 kg.

Selain menerima wang tunai, pasukan itu turut menerima hadiah peralatan memancing DAIWA fishing gear  dan trofi.

Naib johan dimenangi oleh pasukan Hongkong Ocean Blue  1 dengan tangkapan ikan seberat 75kg  untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Siblin Tackle 1 dari Perak dengan tangkapan ikan seberat 70.20kg untuk menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu,   bagi kategori individu, pemancing Sabah, Goldie James muncul johan  dengan tangkapan ikan  Dogtooth Tuna seberat 24.82 kg, naib johan dimenangi oleh Pawesta Wen  dengan tangkapan ikan Yellowfin Tuna seberat 19.32kg dan tempat ketiga dimenangi oleh Chin Yun  Ngen dengan tangkapan ikan  Ruby Snapper seberat 16.68kg.

 Kesemua mereka menerima hadiah wang tunai RM500 dan peralatan memancing DAIWA.

Cabaran DAIWA Deep Sea  Challenge yang  diadakan di kawasan  Terumbu Ubi Layang-layang kira-kira 200 km dari Labuan telah disertai  lebih 200 peserta  dari dalam dan luar negara.

Antara peserta luar negara yang menyertai cabaran DAIWA Deep Sea   Challenge itu ialah Brunei, Hongkong, Kanada, Great Britin dan Australia.

Pertandingan yang dijalankan selama lima hari bermula 9 hingga 14 Mei itu telah dianjurkan oleh Perbadanan Labuan  dengan kerjasama Kelab Ekstrem GHRT dan Feel Alive.

Sementara itu, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail yang diadakan di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada petang Ahad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN