26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Sains Sosial 1 muncul Juara keseluruhan Pertandingan Frisbee

Antara pelajar (AJK) yang terlibat mengendalikan kejohanan sempat merakam gambar selepas program

PUTATAN:Pasukan Sains Sosial 1(Upper) muncul Juara keseluruhan Pertandingan Frisbee peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan 2024 yang diadakan di Padang sekolah itu baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, pasukan Sains Sosial 1(Upper) menerima hadiah Piala Pusingan mengetepikan  21 pasukan lain yang turut berentap pada kejohanan itu anjuran Pelajar Tingkatan Enam Sains Sukan Kohot 13 SMK Putatan melibatkan 285 peserta(pelajar).

Sementara itu Johan mengikut kategori Pasukan menyaksikan kebijaksanaan dan kemampuan tinggi pasukan Ekonomi (Upper) untuk muncul juara disusuli pasukan Sol 2 (Upper) Naib Johan dan Syariah (Lower) menduduki tempat Ketiga mengetepikan pasukan Sol 1(Upper), Syariah (Upper), Bahasa 3(Upper), Bahasa 1(Lower), Bahasa 2 (Lower),  Seni Visual(Upper), Sol 2 (Lower)dan Seni Visual (Lower) manakala Pemain Terbaik Lelaki disandang oleh Muhammad Isaac I seeskandar Bin Othman dari Sains Sosial (Upper) manakala perempuan diberikan kepada Umairah Binti Abd.Malim dari pasukan  Kelas Ekonomi (Upper).

Program itu yang telah dirasmikan Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Putatan, Puan Jaitun Binti Banggu menyasarkan pelajar Kohot 12 dan Kohot 13.

Puan Jaitun ketika ditemui mengharapkan program tersebut dapat memberi pengalaman secara ‘Hand On’ kepada pelajar Sains Sukan mengendalikan pertandingan sukan.

“Program itu juga mampu melatih pelajar  meningkatkan keyakinan diri serta meningkatkan bakat dan potensi mengendali pasukan masing-masing”, jelas Jaitun sambil memuji kemampuan pelajar dalam menganjurkan kejohanan itu dengan jayanya.

“Aktiviti seumpama itu juga dapat mencapai objektif  Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengurusan Pembelajaran Sukan”, tambah Jaitun.

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN