26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PASUKAN PETUGAS KHAS DIBENTUK BAGI MEMANTAU INSFRASTRUKTUR YANG TERJEJAS OLEH BENCANA-BUNG

TINJAU..Bung bersama rombongan ketika meninjau kerosakan jambatan Melangkap semasa lawatan tersebut

KOTA BELUD : Satu pasukan petugas khas akan dibentuk bagi mengenal pesti dan memantau infrastruktur yang terjejas akibat bencana banjir di seluruh Sabah.

Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata pasukan petugas khas itu penting dibentuk bagi memudahkan kementerian Kerja Raya meneliti punca dan tahap kerosakan secara lebih teliti.

” Pasukan petugas khas itu bakal dianggotai golongan pakar yang berupaya menyediakan plan perancangan pembangunan jangka panjang bagi menangani kesan bencana dan sekali gus memastikan ketahanan Insfartuktur yang dibina mempunyai ketahanan jangka Panjang” katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan kerja bagi meninjau jambatan yang terputus ekoran banjir di kampung Melangkap Jalan Piasau Gaur Kota Belud kemarin.

Turut serta Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury ,Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Helena Masry ,Pengarah JKR Datuk Ir. Richard Jomiji Kinsil dan Pegawai Daerah Kota Belud Hajah Dyanah Abdullah.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri I ,Pengwujudan Petugas Khas itu khas untuk memantau keadaan bila berlakunya kecemasan khususnya mana mana lokasi yang berasiko tinggi dilanda bencana .

Katanya perkara tersebut perlu dilihat lebih awal sebelum bencana berlaku dengan menyediakan infrastruktur yang dibina mampu bertahan dari ancaman bencana seperti banjir dan sebagainya.

Mengenai kerosakan jambatan Kampung Melangkap Pengerusi BN itu berkata beliau telah mengarahkan pihak JKR untuk memperbaikinya segara dalam minggu ini bagi membolehkan penduduk Melangkap dan sekitarnya boleh menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN