28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Bonama Tow, muncul juara pertandingan Tarik Tali Kaamatan Ranau

TAHNIAH… Pemenang Johan Tarik Tali menerima hadiah Piala Pusingan disampaikan Benedict (kanan)  merakam gambar bersama AJK pelaksana kejohanan.

RANAU: Pasukan Bonama Tow, muncul juara apabila berjaya menewaskan pasukan Lohan Camel (naib johan) pada Pertandingan Tarik Tali akhir pada Sukan Tradisi Kaamatan peringkat daerah di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) pada Sabtu.

Tempat ketiga disandang pasukan  Ranga-Ranga Rukut yang menewaskan pasukan Rela  selaku Jawatankuasa Kecil Pengelola kejohanan menduduki tempat keempat.

Acara-acara lain yang telah diadakan ialah, Gusti Tangan (Milokud) dan Kerusi Berirama.

Acara Gusti Tangan yang diketahui selepas  acara pertemuan akhir antara Syam Bin Samun 28, dari Lohan (Naib Johan) telah bertemu Salahudin Bin Kibin 25 dari Kg.Marakau (Johan) pada pusingan akhir di perkarangan Dewan Masyarakat Ranau pada 13 Mei, sempena Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Ranau 2023 yang perasmiannya  disempurnakan Timbalan Ketua Menteri II, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.36 Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam.

Program Sukan Tradisi itu, telah dirasmikan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin turut dihadiri Pegawai Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Ranau, Jueephine Binti Hiyah berserta puluhan anggota Rela, APM dan orang ramai.

Jonathan ketika ditemui, memuji inisiatif pengorbanan dan kerjasama padu anggota Rela daerah Ranau kerana berjaya mengendalikan kejohanan Tradisi tersebut yang telah berjalan lancar dan teratur.

“Usaha seperti ini amat baik sebagai langkah positif melaksanakan sukan tradisi yang patut diwarisi generasi muda bukan sahaja kaum Dusun tetapi semua kaum lain sebagai asas meningkatkan perpaduan serta persaudaraan  tanpa membezakan agama dan fahaman politik mereka”, jelas Datuk Jonathan.

Menurutnya lagi, sambutan perayaan Pesta Kaamatan seharusnya dirayakan bersama rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan dijadikan titian memperkukuhkan  perpaduan dan persaudaraan rakyat madani.

“Kita harus melihat secara positif matlamat menganjurkan sesuatu perayaan adalah positif bertujuan mengajak rakyat agar  memupuk perpaduan satu masyarakat Malaysia bersatu padu dan harmoni”, tambah Datuk Jonathan.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang acara yang dipertandingkan telah disampaikan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen, Ranau, Benedict Gunda, mewakili Datuk Jonathan.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN