Pasukan bola sepak dari Daerah Kecil Pagalungan terima sumbangan ADUN Nabawan

Pasukan bola sepak dari Daerah Kecil Pagalungan terima sumbangan ADUN Nabawan

11/11/2021 Off By Marutin Ansiung

NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamad Yassin menyampaikan sumbangan kewangan kepada tiga pasukan bola sepak dari Daerah Kecil Pagalungan.

Pasukan itu terdiri dari dua pasukan belia dan satu pasukan veteran yang akan menyertai perlawanan bola sepak di Keningau.

Sumbangan disampaikan oleh Penolongan Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO)Nabawan Jabat Majilon kepada pengurus pasukan Majin Andatudi Pejabat Bersatu Bahagian Pensiangan.

Sementara itu Pegawai Perhubungan ADUN Nabawan Lamik Burong mewakili Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)menyampaikan sumbangan kewangan kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)Sekolah Kebangsaan (SK)Kabu Baru Nabawan.

Lamik (kiri)menyampaikan sumbangan kepada Musa dan KK Shamsul (kiri)menyampaikan sumbangan kepada Jumpie.

Sumbangan telah diserahkan kepada Yang Dipertua (YDP)SK Kabu Baru Musa Mansiang. 

Pada masa sama Lamik turut menyampaikan sumbangan kewangan dari ADUN Nabawan kepada  Arie Dusar bagi membantu keperluan  keluarga.

Selain itu Ketua Kampung (KK) Shamsul Liman mewakili Datuk Ghani menyampaikan salam takziah dan sumbangan kewangan ikhlas kepada Jumpie Ansabun yang telah kehilangan isteri tercinta baru-baru ini.