25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tenom, terima penyertaan 28 Cawangan baharu.

Rubin (tiga, kiri) menerima borang keahlian daripada ketua-ketua cawangan yang menyertai Bersatu.

TENOM: Sebanyak 28 Cawangan baharu lagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tenom. 

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tenom, Datuk Rubin Balang, berkata penyertaan keahlian yang semakin bertambah daripada rakyat daerah ini menunjukkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan parti Bersatu.

Katanya, ini penting agar semua ahli parti dapat melakukan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kesemua jentera Srikandi dan Armada harus bersedia dan mendekati para pengundi di setiap kampung untuk mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap parti.

“Pelbagai cabaran dihadapi ketika ini disebabkan pandemik Covid-19 banyak perubahan dilakukan bagi mendekati rakyat dan membantu rakyat kerana berbagai-bagai Standard Operation Procedure (SOP) yang harus dipatuhi.

“Ini menuntut semua jentera parti supaya bersungguh-sungguh dalam memperkuatkan sokongan dan meningkatkan lagi jumlah ahli di setiap cawangan.

Sebahagian daripada ahli-ahli parti PPBM Bahagian Tenom yang hadir.

“Kemenangan saya tahun lalu dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) bukan mudah kerana cabaran seperti pandemik Covid-19 dan menghadapi pihak lawan yang lebih ramai dari persekutuan.

“Terima kasih kepada ahli-ahli Bersatu kerana telah memilih dan menyokong saya semula untuk menjadi wakil rakyat di Kemabong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian P.181 Tenom, Dewan Datuk Seri Panglima Antenom di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu membuktikan bahawa rakyat mahukan pentadbiran dan kepimpinan yang lebih baik.

“Keadaan pentadbiran yang bermasalah dan tidak teratur akan menjejaskan segala perancangan, bantuan, dan pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Sementara itu, antara usul yang dikemukakan dalam persidangan kali ini adalah berkaitan isu pendidikan, isu ekonomi masyarakat luar bandar, isu komunikasi terutamanya talian capaian internet, isu peluang pekerjaan, kemudahan asas dan pertanian.

Mesyuarat persidangan tahunan itu turut mengusulkan bahawa Datuk Rubin Balang sebagai Calon Parlimen P.181 Tenom pada PRU akan datang manakala Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN