25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PAPIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMATKE ATAS MENTERI SAINS,TEKNOLOGI & INOVASI.

SERAH KAD KEAHLIAN PENAUNG…Hj Ahmad menyerahkan kad keahlian sebagai Penaung kepada Mohd Arifin sambil diperhatikan oleh AJK PAPIM selepas kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak- Anak Kg Pimping Di Pantai Barat (PAPIM) yang diketuai oleh Pengerusinya, Hj Ahmad Dipong membuat kunjungan hormat terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri di Likas Petang kelmarin.

Kunjungan ini bagi menjemput Mohd Arifin yang juga Penaung PAPIM untuk merasmikan Hari Keluarga ( Baurung-Urung) PAPIM 2024 di Pantai Pasir Pimping Membakut pada 25-12-2024 ini

Ini adalah program julung kali PAPIM selepas Mesyuarat Agung Kali Pertama badan bukan kerajaan ini sejak ianya didaftarkan dibawah Pendaftaran Pertubuhan (Ros) sejak 3 tahun lalu.

Hj. Ahmad dalam taklimat ringkasnya memaklumkan perancangan yang akan diadakan sepanjang tahun depan selepas Hari Keluarga ini.

Antaranya Ziarah Kebajikan kepada kaum keluarga ahli-ahli PAPIM yg sakit dan uzur di sekitar Pantai Barat ini.

Beliau juga memaklumkan PAPIM juga sedang mendapatkan tajaan Van Jenazah untuk kegunaan ahli-ahli PAPIM dan keluarga terdekat apabila berlakunya kematian di ibu kota untuk membawa balik jenazah ke kampung

” Dengan adanya van jenazah ini, kita tidak perlu lagi memanggil atau mendatangkan van jenazah dari kampung,” kata Hj Ahmad.

Beliau berkata khidmat van jenazah ini adalah percuma dan terpulang kepada ahli untuk menghulurkan sedikit sagu hati kepada pemandu yang menjalankan khidmat van jenazah ini.

” Kita sudah berbincang dan berbincang dan berunding dengan seorang hamba Allah yang bersedia memberikannkhidmat van jenazah ini denga kerjasama PAPIM,” katanya.

Mengenai acara Hari Baurung-Urung yang dipengerusikan oleh Nur Isham Narawi, beliau berkata antara acara yang dirancang Senaman pagi, gotong royong membersihkan surau , tarik tali, melastik, bawa bola ping pong dalam sudu, boling piasau ( kelapa ) cucuk benang di jarum, karaoke dan lain-lain.

Pelbagai hadiah- hadiah akan di sediakan oleh pihak penganjur.

Beliau berharap ahli-ahli PAPIM dan keluarga agar datang beramai- ramai pada program secara santai itu.

Pendaftaran ahli baharu juga akan diadakan pada masa program itu nanti.
Sebelum berakhir kunjungan Haji Ahmad turut menyampaikan Kad Keahlian PAPIM, kepada Mohd Arifin Arif selaku Penaung Persatuan itu

Turut hadir Setiausaha Politik beliau, Ab Wahid Abd Razak.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN