25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pamerkan sejarah perlombongan, Kerajaan dicadang bina sebuah Muzium Lombong Mamut

Bekas Lombong Tembaga Mamut

RANAU: Kerajaan dicadangkan agar membina sebuah Muzium Lombong Mamut di daerah ini bagi mempamerkan sejarah perlombongan terbesar di Malaysia itu kepada orang ramai.

Mencadangkan perkara itu, Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (Star), Kong Soon Choi berkata, Lombong Tembaga Mamut itu meninggalkan nostalgia berharga untuk tatapan orang ramai yang berkunjung ke daerah ini.

“Cadangan pembinaan Muzium Lombong Mamut itu bukan sahaja mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke daerah ini, malah ia juga dapat memaparkan sejarah perlombongan terbesar di Malaysia kepada masyarakat dalam dan luar negara”. Jelasnya.

Kong juga berkata, muzium itu kelak boleh dijadikan tempat rujukan bagi pengkaji sejarah mahupun pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang membuat kajian mengenai hasil geologi seperti tembaga, perak atau emas yang terdapat disekitar kawasan di negeri Sabah.

Ah Ahcoi

Selain itu, beliau juga yakin dengan adanya sebuah muzium seumpama itu, kadar kemasukan pelancong ke daerah Ranau serta negeri Sabah bakal bertambah dan sekaligus menaikkan impak pendapatan penduduk setempat khasnya peniaga kecil dan pengusaha pelancongan.

“Dengan terbinanya sebuah muzium seperti yang dicadangkan, ia bukan sahaja menambah produk pelancongan di daerah ini, malah pendapatan penduduk setempat khasnya para peniaga kecil-kecilan dan pengusaha pelancongan turut meningkat”. Katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kong yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, usaha menambah produk pelancongan di negeri ini penting kerana Sabah merupakan sebuah destinasi tumpuan masyarakat seluruh dunia khasnya daripada Eropah, China, Jepun dan Korea.

Tegasnya, kepelbagaian produk pelancongan itu boleh menaikkan lagi nama negeri Sabah ke serata dunia dan sudah pasti bekas kakitangan Lombong Tembaga Mamut dari luar negara yang pernah bertugas di sana suatu ketika dahulu akan kembali ke negeri ini untuk melawat muzium berkenaan.

Berdasarkan fakta sejarah, aktiviti perlombongan itu mulai dibuka operasinya pada tahun 1975 sehingga 1999 dan hasilnya berjaya mengeluarkan 2.1 juta tan pekatan yang mengandungi 520,000 tembaga, 39 tan emas dan 255 tan perak dimana kedalaman lombong berkenaan mencecah 500 meter.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN