Kelihatan penduduk Kampung Tonobon Baru bergotong-royong menyelanggara paip graviti kampung itu.
KENINGAU:Penduduk Kampung Tonobon Baru berterima kasih atas keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN )N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memberi sumbangan poly paip bagi mengatasi kekurangan bekalan air di kampung itu.
Sumbangan telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Pengurusan Paip Graviti Kampung tersebut Johinis Gonuk oleh Pengerusi JPKK Kampung Tonobon Baru Clarance Jacobus Kabi mewakili Robert Pembantu Menteri Kerja Raya.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Pengurusan Paip Graviti Johinis berkata, sumbangan tiga gulung poly paip tersebut adalah kegunaan bagi membaiki dan baik pulih paip graviti di kampung tersebut.

Beginilah saluran bekalan paip graviti yang bakal dinikmati penduduk.
Menurutnya, penduduk di kampung tersebut telah bersepakat bergotong royong untuk membaik pulih dan memasangnya.
“Dengan adanya sumbangan poly paip itu masalah kekurangan air bersih di kampung kami dapat diatasi kerana beberapa kerosakan yang mengakibat bekalan air tidak stabil dapat diselanggarakan” katanya.
Johinis mewakili penduduk kampung berkata, penduduk di kampung tersebut amat terhutang budi dengan Datuk Robert yang sentiasa mengambil tahu dan berat dengan permasalahan penduduk di kampungnya dan amnya di kawasan Bingkor.