26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

North Borneo FilmFinity anjur Webinar sempena Sambutan Hari Peringatan Perang Dunai II (Remembrance Day)

LABUAN: Sempena Hari Peringatan Perang Dunia Kedua (Rememberance Day)  sebuah webinar yang bertajuk “Let We Forget: World War II Stories of North Borneo anjuran bersama, North Borneo FilmFinity dan Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC) dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia, BIMP-EAGA Business Council Labuan.

Program yang berlangsung pada 14 November di Facebook dan Youtube bermula pada jam 8 hingga 9.30 malam itu turut mendapat kerjasama daripada  North Borneo Historical Society, dan Empire Hornbill Sdn. Bhd.

Menurut Irwin Ker salah seorang penganjur dan moderator program  dari North Borneo FilmFinity yang juga pengasas Borneo Startups Community (BOSCO) Hari Peringatan Perang (Remembrance Day) adalah bersempena memperingati tamatnya perang dunia pertama dan pahlawan-pahlawan yang telah berjuang untuk menamatkan perang dunia ini.

Katanya, Penasihat Kehormat Persatuan Pemandu Pelancong Labuan, Willie Teo dan Richard Jonathan Ker, pengasas Persatuan Borneo Utara adalah dua tetamu jemputan yang akan berkongsi pengetahuan tentang sejarah kewujudan Hari Peringatan ini dan impaknya yang masih boleh dilihat sehingga kini seperti Taman Memorial Perang Labuan.

Taman Memorial Perang Labuan merupakan salah satu simbolik memperingati hari ini yang menempatkan 3,908 pejuang yang terkorban di bumi Labuan. Askar-askar ini datang dari seluruh negara seperti Australia, Great Britain, India dan New Zealand.

Setiap tahun, terdapat ramai pelancong dari negara-negara ini datang melawat dan memperingati perjuangan nenek moyang mereka. Inilah pentingnya menerapkan nilai sejarah dalam generasi hari ini.

Irwin berkata,  menyedari kepentingan ini, pihaknya telah mewujudkan inisiatif  bersama sama Tourism Malaysia, BIMP-EAGA Business Council Labuan, North Borneo Historical Society, dan Empire Hornbill Sdn. Bhd.

“Objektif program ini adalah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan anak muda tentang kepentingan memahami sejarah dan memperingati perjuangan golongan terdahulu agar kita lebih menghargai kehidupan pada hari ini.

“Selain daripada itu, diharap dengan adanya program seperti ini akan menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara untuk datang ke Sabah dan Labuan dan melawat sendiri tapak-tapak sejarah ini” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau juga berharap  program ini akan menjadi satu program tahunan untuk tontonan bukan sahaja dalam negara malah juga luar negara.

“Adalah menjadi satu tanggungjawab sosial untuk  berkongsi ilmu tentang sejarah agar peristiwa tidak berulang lagi dan juga bagi memperingati mereka yang telah terkorban berjuang untuk kebebasan kita generasi hari ini dan yang akan datang” katanya.

Jelasnya lagi,  pelbagai hadiah menarik akan disediakan untuk soalan kuiz dan penonton akan mendapat sijil digital kehadiran. Sebarang pertanyaan boleh layari Facebook North Borneo FilmFinity.

North Borneo FilmFinity merupakan satu pertubuhan untuk menggalakkan penglibatan anak muda dalam industri kreatif dan perfileman.

Orang ramai yang berminat boleh melayari Facebook North Borneo FilmFinity.

Sementara itu,  Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC)  merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah untuk mempercepatkan pembangunan industry di Sabah melalui teknologi, inovasi dan kreativiti serta dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem.

Untuk makluman lanjut boleh layari www.scenic.my

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN