Mohd Sukuran (dua dari kiri) ketika melawat pameran buku di atas kapal berkenan.
LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib berkata persinggahan Kapal MV Doulis Hope yang terkenal Festa Buku Terapung yang singgah di Labuan sejak 7 Julai lalu hingga 30 Julai ini menjadi nilai tambah kepada Borneo Flora Festival (BFF) yang akan berlangsung di sini pada 26-30 Julai.
Beliau berkata, kehadiran Doulos Hope bukan sahaja menambah kemeriahan penganjuran Borneo Flora Festival (BFF) tetapi juga kepada pendidikan, interaksi silang budaya dan kesedaran kesukarelawan.
“Kapal berkenaan bukan sahaja membawa lebih ribuan judul bahan bacaan, malah turut menawarkan persembahan kebudayaan, pameran interaktif serta pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat.
“Ini adalah selari dengan apa yang kita hasratkan iaitu kunjungan daripada negara luar yang menjadi tarikan-tarikan yang dibawa ke Ke Labuan untuk penduduk boleh berkunjung, maknanya boleh menikmati pameran buku bergerak di atas cruise.
Pengunjung yang datang ke Labuan juga boleh pergi ke Borneo Flora Festival nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan rasmi pelancaran kehadiran MV Doulos Hope di Dermaga Merdeka di sini, pada Khamis.

Mohd Sukuran ( tengah) menerima cenderahati daripada Khemraj (kiri),
Sementara itu, Pengarah Urusan Doulos Hope, Khemraj Lakhan merasa teruja dan terharu atas sambutan hangat komuniti Labuan.
“Ia merupakan satu perasaan dan pengalaman yang sungguh indah. Ia benar-benar terasa seperti pulang ke pangkuan keluarga, kepada sebuah komuniti yang menyambut kami dengan mesra. Kami amat teruja dan berasa rendah diri dengan sambutan rakyat dan komuniti di Labuan,” katanya.
Kali terakhir kapal berkenaan berlabuh di Labuan adalah pada tahun 2003, semasa pelayaran ke Asia Tenggara, selepas singgah di Magong, Taiwan dan sebelum meneruskan perjalanan ke Puerto Princesa, Filipina.
Doulos Hope kini dikendalikan oleh seramai 103 sukarelawan dari 35 buah negara, berumur antara 17 hingga 72 tahun, menjadikan kapal itu bukan sekadar perpustakaan, malah simbol penyatuan budaya global.
Hadir sama Pengarah Urusan Labuan Megah Port Management, Datuk Seri Patrick Tiong dan Kapten MV Doulos Hope, Kapten Graham,



