KUALA LUMPUR, Ogos 11: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan telah memohon untuk pembubaran Parlimen dan akan mengumumkannya petang ini, menurut sumber dalaman.
BERITA BERKAITAN
Sumber tersebut turut mengatakan Muhyiddin memohon tempoh 90 hari bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15. Perlembagaan memperuntukkan tempoh 60 hari bagi PRU diadakan dari tarikh parlimen dibubarkan, dan tidak pasti jika dan bagaimana tempoh tersebut boleh dilanjutkan.
http://Tergempar – Muhyiddin mohon bubarkan Parlimen?
Perkembangan ini adalah berikutan kemelut politik negara yang makin serius dengan parti UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun terdapat Ahli Parlimen Barisan Nasional dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri masih menyokong kerajaan PN, namun bilangannya tidak mencukupi untuk mengekalkan kerajaan PN.
BERITA BERKAITAN
Statistik terbaru menunjukkan Muhyiddin hanya memiliki sokongan kurang 100 orang Ahli Parlimen ketika ini dan tidak mampu menyelamatkan kerajaan PN di dalam membuktikan majoriti pada sidang parlimen bulan September nanti.
Apapun, kita nantikan perkembangan terkini kemelut politik negara petang nanti jika benar parlimen akan dibubarkan. -Gerak Malaysia