Mudin(dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang perwakilan MGB yang hadir.
Oleh: Dr. Francis Andin
TAMPARULI: Budaya kerja berkualiti dalam kepimpinan sekolah akan membawa kepada keberhasilan yang memenuhi aspirasi murid khususnya memastikan kemanjadian murid dalam pendidikan.
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pelajaran Sabah, Tuan Mudin Beting berkata potensi murid wajar digilap seawal yamg mungkin melalui kesungguhan warga pendidik dengan adanya kekuatan pasukan sekolah yang diterajui Guru Besar.
Justeru katanya program Team Building yang diadakan oleh Majlis Guru Besar Sabah (MGBS) antara program yang dapat membina kekuatan kepada pemimpin sekolah untuk merekacipta kejayaan murid secara bersama dalam pasukan pemgurus sekolah yang proaktif menacu hala tuju pembangunan Pendidikan yang memenuhi keperluan sumber manusia yang dapat menyumbang kepada masa depan negara yang cemerlang.
“Sebab itu kepimpinan sekolah yang berkualiti menjadi salah sattu harapan agar modal insan yang dilahirkan juga turut berkualiti selaras dengan misi dan visi Kementerian Pendidikan” katanya ketika merasmikan program Team Building MGB Sabah di Pusat Kokurikulum Malanggang Kiulu Tuaran, dekat sini.
Pada masa sama , beliau.menyeru pemimpin sebagai pengurus sekolah sewajarnya bersama dengan kesungguhan yang tinggi dalam memperjuang Misi dan Visi Kementerian Pendidikan, terutama dalam pembentukan kepada kasih sayang kepada modal insan untuk mendapatkan hak pendidikan.

Sebahagian Guru Besar dari perwakilan MGB Sabah.
“Kita perlu bertanggungjawab terhadap kepercayaan guru bahawa modal insan itu mampu dibentuk,dicungkil dan melahirkan potensi murid yang kita didik.
“Justeru asas kepercayaan ini perlu diserapkan kepada semua guru di ketuai pengurus sekolah iaitu Guru Besar dan Pengetua”, katanya.
Katanya kualiti murid yang disediakan sejak peringkat Daerah hingga ke menara gading, merupakan kemanjadian kepada masa depan negara.
Sementara itu, berucap dimajlis yang sama. Pemgerusi MGB Sabah , Tuan Kasbulah Mangun merangkap Timbalan YDP Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia berkata semangat kental semua Guru Besar dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran norma baharu menunjukkan komitmen padu penjawat pendidikan yang diamanahkan mengurus organisasi sekolah.
Dalam pada itu, Kasbulah menyatakan keyakinan melalui program Team Buliding yang julungkali diadakan itu akan menambahkan lagi kekuatan kerjasama sedia ada dalam kalangan pemimpin sekolah.
Program yang diadakan tiga hari dua malam itu di hadiri oleh perwakilan MGB membabitkan 80 peserta daripada 24 Daerah dari seluruh Sabah.
Sempena program itu pelbagai aktiviti diadakan yang bertemakan kepimpinan, kerjasama berpasukan ,kesungguhan dan gaya hidup sihat fizikal mental serta kreativiti sebagai pendidik.-ends