Peserta Kayuhan Muhabbah bergambar bersama ahli jamaah Masjid Al Muzakirullah Lubok Temiang.
LABUAN: Masjid Sirajul Islam (MSI) Tanjung Aru dengan kerjasama JHK Event menganjurkan Program ‘ Kayuhan Muhabbah’ sebagai penutup tirai aktiviti MSI tahun 2025 yang diadakan baru baru i ni.
Pengerusi Masjid Sirajul Islam (MSI), Kifli Ag. Anak berkata, program julung kalinya diadakan bersama JHK Event antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran dikalangan jemaah supaya sentiasa mengamalkan hidup sihat melalui aktiviti berbasikal.
“Selain itu ia juga bertujuan untuk berkunjung ziarah dan beramah mesra disamping merapatkan hubungan silaturahim dengan para jemaah yang berada di masjid dan surau yang dilalui sepanjang kayuhan itu “, katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Kifli berkata kayuhan sejauh 15 kilometer yang bermula di perkarangan MSI itu melibatkan 20 peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa MSI dan komuniti kampung Tanjung Aru.
Turut sama menjayakan program itu Ketua Kampung Tanjung Aru yang juga pengasas JHK Event, Jamil Haji Kario.
Menurut Kifli lagi antara Masjid dan surau yang dikunjungi sepanjang perjalanan itu ialah Surau Baitul Makmur Kampung Durian Tunjong, Masjid Jamek Adam Kampung Lajau, Masjid Sulltan Muhammad ke V, Masjid Al Muzakirullah Kampung Lubok Temiang dan surau Ganggarak Permai.



