32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MP RANAU SUMBANG SAYUR-SAYURAN KEPADA KIR SEKITAR NARADAN, NAWANON

Thomas (kanan) mewakili Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, menyamaikan sumbangan berupa sayuran kepada salah seorang JPKK mewakili kampungnya.

0leh: Jainuddin Nasir

RANAU: Seramai 291 Ketua Isi Rumah (KIR), melibatkan 183 buah rumah dalam kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Naradan (Nawanon) di sini, telah menerima sumbangan berupa sayuran segar tanah tinggi, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut adalah inisiatif dan biayaan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Pengagihan sumbangan tersebut telah disampaikan salah seorang staf Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Thomas Leong, mewakili Jonathan.

Kesemua sumbangan telah diterima Pengerusi JPKK di setiap kampung yang terlibat sebelum diagih-agihkan kepada para penerima.

Antara Pengerusi JPKK yang hadir, Jamisi Sabal, Kg.Nawanon dan  Kg.Tagibang, Hernita Tanggoyon (Kg.Kantas) Kg.Pugi (Jail Kandayon),  Kg. Gunsapou (Jackson Manidod) dan Kg.Kieyep (Jusianah Ekang).

Terdahulu, sayur-sayuran tersebut telah disediakan Pengerusi Persatuan Peniaga Sayur Bumiputra Kundasang, Mariana Taliban.

Kerja-kerja penyediaan termasuk pembungkusan turut dibantu, Jaffridin Juhalin, yang juga timbalan pengerusi.

Turut sama menjayakan penyerahan sumbangan ialah dua orang  sukarelawan, Mahat  Saidin dan Joulaini Majimin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN