27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MMA Sabah warnai konsep wadah Kesihatan di Peringkat Negeri Sabah: James


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib memuji pencapaian Malaysia Medical Association (MMA) Sabah sebagai salah satu persatuan yang paling aktif dan komited.


“MMA Sabah mempunyai sejarah yang konsisten di dalam menjalankan aktiviti kesukarelawan dalam bidang kesihatan yang begitu bermakna buat rakyat Sabah selama bertahun-tahun.


“MMA Sabah berfungsi sebagai mercu tanda kecemerlangan, menyatukan profesional kesihatan dari sektor swasta dan sektor kerajaan di dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan profesionalisme di bawah satu bumbung.


“Tahniah diucapkan kepada Dr Brandon Patrick atas kepimpinan beliau dan di atas perlantikan penggal kedua sebagai Pengerusi MMA Sabah, begitu juga diucapkan syabas kepada semua doktor MMA Sabah yang memberikan komitmen luar biasa,” ujar James yang juga merupakan Exco Kesihatan Negeri Sabah.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan MMA Sabah Annual Dinner & Installation Night 2023 yang diadakan di Sabah International Convention Centre baru-baru ini.


Teks ucapan beliau telah disampaikan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits bin Sanna yang seterusnya turut mewakili beliau merasmikan Majlis berkenaan.


James menambah bahawa Kerajaan negeri gembira dengan pencapaian MMA Cawangan Sabah dan akan terus bekerjasama bagi program yang memberikan kebaikan kepada rakyat Sabah khasnya.


Sementara itu, beliau yang juga ADUN Sugut berharap komuniti di luar sana sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di atas peningkatan wabak COVID-19, iaitu 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempat dan sembang dengan jarak yang dekat) serta 3W (amalkan Wash, Wear dan Warn).


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN