26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Melanjutkan pengajian, Naineh menerima sumbangan daripada Robert Tawik

Sonjah (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Edward mewakili keluarga Naineh.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor memberi sumbangan kewangan  kepada Naineh Sariman yang  melanjutkan pengajian di Kolej Asia Metropolitan Kota Kinabalu.

Naineh dari  Kampung Naaba Bunga Raya mendapat tawaran dalam program Diploma in Pharmacy.

Sumbangan disampaikan oleh kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor Sonjah Junaidi kepada Edward Ebin bagi pihak keluarga Naimeh.

Sementara itu seorang lagi kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Roger Joanes mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pengerusi JPKK Kampung Kepayan Lama Lorenzo Juli.

Sumbangan itu untuk membiayai program gotong-royong membersih kawasan perkuburan dan balai raya Kampung Kepayan Lama.

Kedua-dua pihak yang menerima sumbangan berkenaan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat Bingkor atas keprihatinannya kepada seluruh rakyat di kawasan Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN