29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat Kg. Kilimu terus budayakan permuafakatan.

Oleh: Salwah Aramat

RANAU : Masyarakat Kg. Kilimu terletak kira-kira 6 kilometer dari pekan di sini, terus membudayakan perpaduan dan permuafakatan dikalangan mereka untuk mewujudkan keceriaan dan kemajuan peringkat kampung.

Kampung tersebut yang kini sudah mencapai status antara kampung yang termaju di daerah Ranau, bukan sahaja memiliki infrastruktur membanggakan penduduk, daerah dan negeri dalam mencapai kemajuan seperti Inap Desa, ternakan ikan air tawar, Tadika Perpaduan, Dewan Mini dan sebagainya.

BERMUAFAKAT……….Sebahagian ahli Blok Mawar merakam gambar bersama Trijah (kiri) sebelum memulakan gotong-royong tersebut.

Baru-baru penulis sempat merakam gambar sekumpulan penduduk yang membersih dan menceriakan kawasan kampung menerusi blok yang dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Blok Raflessia, Blok Kantan, Blok Orkid, Blok Cempaka dan Blok Mawar.

Ketua Blok Mawar, Trijah Surugau yang mengetuai lebih 20 orang membersihkanblok mereka (Mawar) memberitahu kerja gotong-royong kumpulan bloknya diadakan setiap bulan mendapat kerjasama padu dikalangan penduduk terlibat.

“Kami bergotong-royong ini adalah untuk menunaikan tanggungjawab membersihkan kawasan kampung sepanjang masa bagi menghindari penyakit berjangkit yang mungkin disebabkan persekitaran yang kotor”, katanya.

Beliau berterima kasih diatas kehadiran semua ahli dalam blok itu kerana sentiasa mengamalkan budaya positif demi kebaikan penduduk kampung seluruhnya.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN