27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Masyarakat KDMR diingatkan agar  tidak terlibat budaya ‘Fitnah-Memfitnah’

GIMIK….Datuk Jonathan (kiri) bersama Hisyamuddin menumbuk padi simbolik perasmian Pesta Kaamatan Kg.Kokob Baru diperhatikan tetamu yang lain.

RANAU: Masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) diingatkan agar  tidak terlibat dengan budaya ‘Fitnah-Memfitnah’ dikalangan mereka kerana ia boleh meranggangkan persaudaraan, perpaduan dan keharmonian.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, KDMR seharusnya mengekalkan persaudaraan dan perpaduan mereka secara berkekalan sesuai dengan tema perayaan Pesta Kaamatan tahun ini, ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’ mengajak semua lapisan masyarakat di Malaysia khususnya rakyat Sabah, agar membudayakan Perpaduan serta keharmonian.

Datuk Jonathan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kg.Kokob Baru terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Ranau baru-baru ini.

Beliau memuji penduduk Kg.Kokob Baru, kerana berjaya menganjurkan majlis sambutan Pesta Kaamatan peringkat kampung, untuk meraikan kejayaan mengusahakan tanah pertanian khususnya hasil tanaman padi setiap tahun.

Menurut Datuk Jonathan, sambutan  Pesta Kaamatan, merupakan satu perayaan yang sinunim dirayakan KDMR di Sabah, kini turut diraikan bersama seluruh rakyat Malaysia tanpa membezakan kaum, agama, budaya dan politik sekaligus mengajak rakyat agar memupuk perpaduan, keharmonian dan persaudaraan masyarakat madani.

“Sesungguhnya, Pesta Kaamatan juga turut memberi ruang dan peluang bagi keluarga kita untuk bertemu dan berhimpun meraikannya bersama setelah terpisah jauh mengikut lokasi keluarga  masing-masing”, jelas Datuk Jonathan.

Menyentuh beberapa permohonan yang dikemukakan penduduk Kg.Kokob, Datuk Jonathan menjelaskan pihaknya akan meneliti keperluan mendesak untuk dipertimbangkan kelulusannya sebaik sahaja perincian berkaitan dapat dikemukan oleh penduduk.

“Kita mahu setiap permohonan projek yang dikemukan hendaklah diteliti terlebih dahulu sebelum peruntukan kewangan diluluskan bagi mengelakan ketidak tepatan permohonan yang dikemukakan.

“Semua permohonan hendaklah diteliti dan disertai dengan kertas kerja yang lengkap mengikut keperluan seperti yang dipohon”, tegas Jonathan sebagai merujuk permohonan untuk  pembaikan bangunan Balai Raya dan pembaikan jalan raya di Kg.Kokob Baru.

Menurut Datuk Jonathan, permohonan pembaikan Balai Raya perlu dinyatakan jumlah jenis peralatan dan keluasannya yang diperlukan, manakala jalan raya hendaklah dinyatakan ukuran atau jarak jalan yang hendak dinaiktaraf (dibaiki) bagi menentukan peruntukan kewangan yang diperlukan mencukupi.

Beliau turut mengingatkan penduduk supaya terus memelihara keharmonian, perpaduan dan persaudaraan yang sedia terjalin.

Turut berucap ialah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.38 Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun, yang mewakili  Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir,  Pengerusi penganjur, Yamun Lantoi dan Ketua Kampung Kg.Kokob, Alexander Makijol, diserikan dengan pelbagai acara termasuklah, Pertandingan Masakan Tradisi, Persembahan Sugandoi Dazanak, Sukaneka (diadakan lebih awal), Mr. Kudingking dan  Mrs.Kinomoluk  yang merupakan acara kejutan sempena majlis itu yang dihadiri ratusan penduduk Kg.Kokob dan kampung-kampung sekitar. Hadir sama ialah CDO N.38 Paginatan, Japili Sigal dan Pemaju Mukim  Paginatan, Lasius Galipoi.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN